ARTIKEL

Saberkas Cawangan Batu Kitang terus aktif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sukan Saberkas (KASUS) anjuran Saberkas Cawangan Batu Kitang mendapat sambutan menggalakkan daripada para belia di kawasan berkenaan.

Pelbagai acara telah dipertandingkan dalam program yang berlangsung di Kompleks Sukan Stakan di sini, hari ini iaitu badminton, Mobile Legend, masakan, gubahan bunga, masakan kuih tradisional dan reka cipta barangan buangan.

Justeru, Naib Presiden Saberkas Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Rauf yang hadir menyempurnakan program berkenaan berkata KASUS adalah platform yang baik untuk menyerlahkan khususnya bakat sukan di kalangan golongan muda.

“Saberkas bukan sahaja medium untuk mengasah bakat kepimpinan belia tetapi Saberkas juga wajar dimanfaatkan sepenuhnya sebagai platform untuk kesukarelawanan, sukan, kemasyarakatan dan kemahiran,” katanya.

Sementara, Adun Batu Kitang merangkap Pengerusi Saberkas Cawangan Batu Kitang Lo Khere Chiang menyeru lebih ramai anak muda menyertai Saberkas.

Katanya ia kerana Saberkas boleh melahirkan pemimpin masa depan yang dapat membawa Sarawak ke arah lebih baik lagi.

“Saberkas merupakan organisasi yang sangat penting untuk melatih orang muda menjadi pemimpin Sarawak pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama Exco Saberkas Sarawak merangkap Naib Pengerusi Saberkas Cawangan Batu Kitang Datuk Ahmad Ibrahim dan Setiausaha Saberkas Cawangan Batu Kitang Shamsudin Unai.

Lo Khere Chiang mencuba bakat bermain badminton sempena KASUS anjuran Saberkas Cawangan Batu Kitang di Kompleks Sukan Stakan di sini, hari ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU