KUCHING: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) bertujuan memperkasakan belia di negeri ini dan bukan pertubuhan yang bersifatkan politik.
Menenurut Presiden SABERKAS Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, jawatankuasa tertinggi SABERKAS dianggotai pelbagai kaum.
SABERKAS melatih belia menjadi pemimpin dalam masa yang sama menyatukan semua kaum.
Mereka yang ada dalam SABERKAS terdiri daripada blok pembangkang mahupun dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Kepimpinan para belia dibangunlan melalui SABERKAS, sekali gus untuk menjadikan Sarawak lebih maju pada masa akan datang katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Saberkas Negeri Sarawak Ke-57 di sini, hari ini.


