ARTIKEL

ABANG JOHARI mencadangkan kemungkinan mengintegrasikan Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) dengan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bagi menyelaraskan perancangan dan memperluas pembangunan kedua-dua bahagian. - FOTO: OSMAN RAZALI

SADA, BDDA berpotensi disepadukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Hubungan Sri Aman dan Betong yang semakin erat menerusi kemudahan infrastruktur baharu membuka peluang kepada perancangan pembangunan lebih bersepadu, termasuk kemungkinan mengintegrasikan agensi pembangunan kedua-dua bahagian.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, cadangan menggabungkan Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) dengan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) boleh dipertimbangkan bagi memperluas hala tuju pembangunan wilayah berkenaan.

“Tahniah kepada penduduk Simanggang dan Betong yang kini semakin terhubung dengan siapnya Jambatan Batang Lupar Dua. Saya mahu hubungan antara kedua-dua kawasan ini lebih rapat.

“Mungkin SADA boleh diintegrasikan dengan BDDA sebagai satu perancangan untuk menambah hala tuju pembangunan di Sri Aman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Batang Lupar Dua di sini, hari ini.

Menurutnya, Simanggang turut dirancang untuk dibangunkan sebagai bandar moden menerusi pelan pembangunan yang telah disediakan, dengan beberapa projek strategik akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Antara projek berkenaan termasuk pembangunan tebingan sungai di kawasan pasar Simanggang yang akan diperluas hingga ke Jambatan Batang Lupar Dua, selain pembinaan kawasan perumahan moden dan pusat mini konvensyen.

“Semua ini sudah ada dalam perancangan dan akan terus kita bangunkan dalam tempoh lima tahun.

“Mengapa tidak kita menjadikan Simanggang sebagai sebuah bandar moden?” ujarnya.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menyaksikan penyerahan pengiktirafan Malaysia Book of Records kepada Jambatan Batang Lupar Dua sebagai jambatan dengan menara kabel penahan tertinggi di Malaysia, iaitu setinggi 145.5 meter bersamaan bangunan 45 tingkat.

Jambatan sepanjang 870 meter itu merupakan sebahagian daripada Pakej B3 Jalan Utama Kedua Sarawak dan mempunyai rentang utama kabel penahan sepanjang 450 meter.

Pembinaannya menelan kos RM223.63 juta dan berjaya memendekkan jarak perjalanan antara Sri Aman dengan Betong daripada kira-kira 73 kilometer kepada 28 kilometer, sekali gus mengurangkan masa perjalanan kepada sekitar 25 minit.

Projek berkenaan dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak di bawah Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan.

BERITA LAIN

Kek lapis Sarawak kini di IKEA Kuching

KUCHING: Pengunjung IKEA Kuching kini berpeluang menikmati kek lapis Sarawak menerusi kerjasama pasar raya perabot itu dengan pengeluar tempatan, sekali gus memperkenalkan produk ikonik negeri

Amalan membaca perlu jadi budaya hidup murid

MUKAH: Amalan membaca perlu dijadikan sebahagian daripada kehidupan seharian murid dan bukan sekadar memenuhi arahan sekolah, selaras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya

BERITA TERBARU

Kek lapis Sarawak kini di IKEA Kuching

KUCHING: Pengunjung IKEA Kuching kini berpeluang menikmati kek lapis Sarawak menerusi kerjasama pasar raya perabot itu dengan pengeluar tempatan, sekali gus memperkenalkan produk ikonik negeri

Amalan membaca perlu jadi budaya hidup murid

MUKAH: Amalan membaca perlu dijadikan sebahagian daripada kehidupan seharian murid dan bukan sekadar memenuhi arahan sekolah, selaras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya