ARTIKEL

Safar tanam sayur sepanjang PKP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Bagi artis veteran Safar Ghafar, kedatangan Pengerusi Finas Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Idham Ahmad Nadzri ke kediamannya semalam membuatnya berasa dirinya terus dihargai.

Dalam lawatan siri ketiga melalui Program Ziarah Finas Prihatin tersebut, Finas melawat ke beberapa rumah artis veteran bagi menghulurkan sumbangan.

Safar mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Finas kerana prihatin dengan melawat di rumahnya semalam.

“Sepanjang PKP ini memang saya tiada dapat bekerja dan semua kerja tergendala.

“Jadi saya rasakan dengan peluang ini dapat mengembirakan dan memberi semangat untuk lebih kreatif apatah lagi menerusi publisiti dengan kehadiran media pada hari ini,” katanya di kediamannya di Taman Sukma di sini semalam.

Jelasnya lagi, untuk tempoh kini beliau mengamalkan langkah berjaga-jaga sepanjang wabak pandemik Covid-19 untuk terus berada di rumah dan menjaga penjarakan sosial.

“Terima kasih kepada Finas kerana hadir ke sini untuk melawat saya serta menghulurkan sumbangan,” jelasnya.

Safar berkesempatan menunjukkan beberapa hasil seni lukisannya termasuk hasil tanaman yang diusahakannya di kawasan rumah sepanjang PKP.

Baca lain  Beri maklum balas aduan jalan Pan Borneo

Beliau tidak dapat meneruskan perusahaan penghasilan batik yang dijalankannya di Kampung Budaya sepanjang tempoh isu kesihatan global itu.

Namun beliau mengambil inisiatif mengusahakan penanaman pelbagai jenis sayur-sayuran antaranya bayam Brazil, lada, jagung, kobis dan banyak lagi di belakang rumahnya.

Termasuk menjalankan aktiviti perniagaan menjual makanan di hadapan rumah. Beliau juga merancang dengan penduduk setempat di lorong kediamannya untuk mewujudkan tempat makan berkonsepkan Latin.

“Insya-Allah, ia mendapat sokongan dan persetujuan rakanrakan di sini,” kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Ros Kalas itu.

rbt

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,