ARTIKEL

BERCAKAP…Saifullizan menjawab soalan daripada pemberita pada sidang media di sini, pagi tadi. - Foto Mohd Aliff Noni

Saifullizan Kongsi Pengalaman Rumahnya Digunakan Dalam Sindiket Penipuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rumah sendiri pun tidak terlepas daripada menjadi sasaran penipu.

Itulah pengalaman Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Saifullizan Ishak apabila kediamannya di Putrajaya disalahgunakan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pemilik rumah untuk memperdaya bakal pembeli dan meminta wang deposit.

Kegiatan itu terbongkar selepas seorang rakannya terlihat iklan penjualan rumah berkenaan, sedangkan Saifullizan tidak pernah berhasrat menjual kediaman yang dijadikan inap desa itu.

Menceritakan kejadian pada Ogos lalu, beliau berkata, individu terbabit menggunakan gambar rumahnya untuk mengiklankan kediaman tersebut, kononnya hendak dijual, sebelum menyewanya selama tiga hari bagi membolehkan bakal pembeli datang melihat premis berkenaan.

“Individu yang mempercayai iklan itu datang melihat rumah berkenaan dan diminta membayar deposit oleh penipu terbabit,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Saifullizan berkongsi pengalaman tersebut ketika menjawab pertanyaan media berkaitan tindakan terhadap pemilik premis yang menyewakan kediaman mereka kepada sindiket penipuan dalam talian.

Susulan kejadian itu, beliau membuat laporan polis selepas mengetahui kediamannya digunakan untuk memperdaya orang ramai.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan bahawa kawasan sunyi seperti kilang terbiar, perumahan baharu, apartmen kurang berpenghuni dan pusat peranginan yang kurang mendapat sambutan sering menjadi pilihan sindiket untuk menjalankan operasi pusat panggilan penipuan.

“Jika masyarakat mendapati terdapat kegiatan atau aktiviti luar biasa di kawasan berkenaan, itu antara tanda yang perlu diberikan perhatian,” katanya.

Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya lebih peka dengan keadaan persekitaran dan segera melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

-TAMAT-

BERITA LAIN

70.14 peratus murid lulus ketiga-tiga subjek UP-DLPS6

KUCHING: Seramai 70.14 peratus murid tahun enam di Sarawak lulus ketiga-tiga mata pelajaran dalam Ujian Penilaian-Program Dwibahasa (UP-DLP) 2026, meningkat 11.18 mata peratus berbanding tahun

BERITA TERBARU

70.14 peratus murid lulus ketiga-tiga subjek UP-DLPS6

KUCHING: Seramai 70.14 peratus murid tahun enam di Sarawak lulus ketiga-tiga mata pelajaran dalam Ujian Penilaian-Program Dwibahasa (UP-DLP) 2026, meningkat 11.18 mata peratus berbanding tahun