PADAWAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan memohon saksi kemalangan maut membabitkan sebuah Perodua Axia dan Pikap di persimpangan lampu isyarat, Batu 11, di sini untuk tampil membantu siasatan.
Menurutnya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD padawan masih mengesan sebuah kereta Perodua Kelisa Gino berwarna merah dan sebuah Perodua Bezza Sport berwarna putih.

“Orang ramai yang mengetahui atau melihat kejadian kemalangan tersebut sila tampil untuk membantu pihak polis dalam siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan di media sosial, hari ini.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mengetahui atau melihat kemalangan tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Kenneystra Pius di talian 014-9828198 atau Penolong Peg. Penyiasat Trafik Henrix Christopher Ber di talian 013-5630098.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, seorang pelajar lelaki, 19, maut manakala rakannya, 19, cedera parah apabila kereta Perodua Axia dinaiki mereka dilanggar sebuah pikap.
Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.52 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Sementara, pemandu Ford Raptor berumur 32 tidak mengalami kecederaan.



