ARTIKEL

Gambar Hiasan

Salah guna dadah, lelaki dipenjara enam bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang lelaki tempatan kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis syabu.

Ng Jew Foong, 38, mengaku bersalah sebaik sahaja satu pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine ketika ditahan di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan sekitar jam 3.15 petang, 24 April lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta yang sama, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 diletakkan di bawah pengawasan untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Syarifah fatimah memerintahkan tertuduh di bawah pengawasan pihak polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman penjara.

Menurut fakta kes, semasa ditahan pihak polis di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan ujian saringan awal air kencing tertuduh didapati positif.

Kemudian, sampel urin dibawa ke Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak dan laporan mengesahkan tertuduh positif dadah jenis Syabu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh diwakili seorang peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU