Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Salah guna dadah, penganggur didenda RM2,500

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar sekadar hiasan

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman denda RM2,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis syabu.

Tertuduh Athanasius Augustine, 24, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sandy Yvette Freddy.

Menurut kertas pertuduhan, dia didakwa mengambil dadah Methamphetamine dan Amphetamine di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching, sekitar jam 10.10 malam, 9 Mac 2021.

Oleh itu, dia didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama.

Sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan serta-merta dikehendaki menjalani pengawasan oleh pegawai selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.

Zubaidah memerintahkan tertuduh di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Merylene Lindan Andrew mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru