ARTIKEL

Salah satu simpang Jalan Salim Lorong 18 di Sibu dijangka dibuka semula minggu depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Salah satu simpang di Jalan Salim Lorong 18 akan dibina semula bermula hari ini dan dijangka siap pada Khamis nanti demi kemudahan dan keselesaan pengguna di kawasan tersebut.

Langkah tersebut diambil hasil perbincangan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak bersama-sama pihak kontraktor berhubung kesulitan yang dialami oleh para penduduk di kawasan berkenaan.

JBALB dalam satu kenyataan berkata, penutupan kedua-dua dua buah simpang di jalan terbabit adalah berikutan pelaksanaan pemasangan paip baharu yang merupakan sebahagian daripada skop Projek Kanowit Fasa 2 (Peringkat 2)

“Ia melibatkan pemasangan saluran paip bersaiz 1000 milimeter (mm) dari Loji Rawatan Air Salim ke persimpangan Jalan Salim sehingga ke Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce yang kini dalam peringkat pembinaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, JBALB Sarawak memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul ekoran daripada kerja-kerja pemasangan saluran paip baharu berkenaan.

Terdahulu menerusi satu laporan berita tempatan, penyandang Dun Dudong Wong Ching Yong memaklumkan beliau menerima aduan daripada penduduk kawasan itu bahawa jalan penghubung dari Jalan Salim ke Jalan Salim Lorong 18 telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pemasangan paip bawah tanah dari Loji Rawatan Air Salim ke kawasan Farley.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU