ARTIKEL

Salur penjimatan subsidi kepada penyelidikan, pembangunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Penjimatan daripada langkah menamatkan subsidi ayam wajar disalurkan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri penternakan ayam di negara ini seterusnya menghasilkan ayam bermutu tinggi untuk rakyat.

Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Herniza Roxanne Marcus berpendapat dana daripada subsidi itu dapat disalurkan untuk R&D bagi menghasilkan baka ayam yang lebih baik dan berkualiti tinggi

. Selain itu, katanya ia juga dapat membantu penternak ayam tempatan yang bersaiz kecil dan sederhana meningkatkan produktiviti serta kualiti pengeluaran masing-masing.

“Pada masa sama, kaedah ini dapat meningkatkan pengeluaran bekalan ayam domestik dan mengurangkan kebergantungan negara kepada ayam import untuk memenuhi permintaan bekalan dalam pasaran tempatan,” katanya kepada Bernama.

Pada 30 Oktober lepas, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dan telur sejak Februari tahun lepas.

Herniza Roxanne berkata dana daripada penjimatan subsidi ayam juga dapat digunakan untuk meningkatkan pelbagai inisiatif sosioekonomi dan kebajikan rakyat terutama di Sabah antaranya bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), membina sekolah, hospital, klinik serta kemudahan asas lain.

Beliau berkata bantuan kepada penternak bertaraf PKS khususnya sudah tentu akan memperkasakan industri itu kerana ia merupakan penyedia peluang pekerjaan yang signifikan kepada rakyat terutamanya di Sabah.

“Kerajaan perlu merancang dengan teliti bagi memastikan pelaburan daripada dana itu dapat disalurkan kepada rakyat dengan saksama,” katanya.

Beliau berkata pemantauan harga ayam yang diapungkan juga perlu ada situasi menang-menang dalam rangkaian pengeluaran ayam di pasaran supaya pengguna tidak terbeban dengan harga yang berubah-ubah. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali