ARTIKEL

KOTA SAMARAHAN: Ketua jurulatih skuad Samarahan, Idris Untong memberitahu, pihaknya selesai mengadakan sesi pemilihan pemain semalam. Dalam pemilihan tersebut, mereka berjaya mengenal pasti seramai 25 pemain sebagai persiapan menghadapi kempen Liga Premier Sarawak (SPL) 2026. Menurut Idris, separuh daripada yang tersenarai ialah pemain musim lepas berbanding muka baharu yang juga pemain muda berbakat. "Kita baharu sahaja selesai mengadakan sesi pemilihan semalam dan berjaya mengenal pasti seramai 25 orang pemain. "Sebahagian daripadanya pemain musim lepas dan muka baharu," ujar Idris kepada Arena Suara Sarawak. Tegas Idris, keputusan pemilihan pemain terbabit dimuktamadkan selepas penilaian dilakukan mencakupi pelbagai aspek. "Saya bersama-sama barisan jurulatih lain sedia ada menilai prestasi pemain terlibat pada tiga hari sesi pemilihan itu diadakan," tambah Idris. Sesi latihan penuh membabitkan kesemua pemain terpilih itu akan bermula hari ini. Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS) musim ini masih mengekalkan khidmat Idris Untong untuk membentuk pasukan bagi menghadapi SPL 2026. Beliau turut dibantu dua jurulatih berpengalaman luas iaitu Teruna Jeman dan Awang Jobli Awang Bidin.

Samarahan Pilih 25 Pemain Hadapi Liga Premier Sarawak 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Ketua jurulatih skuad Samarahan, Idris Untong memberitahu, pihaknya selesai mengadakan sesi pemilihan pemain semalam.

Dalam pemilihan tersebut, mereka berjaya mengenal pasti seramai 25 pemain sebagai persiapan menghadapi kempen Liga Premier Sarawak (SPL) 2026.

Menurut Idris, separuh daripada yang tersenarai ialah pemain musim lepas berbanding muka baharu yang juga pemain muda berbakat.

“Kita baharu sahaja selesai mengadakan sesi pemilihan semalam dan berjaya mengenal pasti seramai 25 orang pemain.

“Sebahagian daripadanya pemain musim lepas dan muka baharu,” ujar Idris kepada Arena Suara Sarawak.

Tegas Idris, keputusan pemilihan pemain terbabit dimuktamadkan selepas penilaian dilakukan mencakupi pelbagai aspek.

“Saya bersama-sama barisan jurulatih lain sedia ada menilai prestasi pemain terlibat pada tiga hari sesi pemilihan itu diadakan,” tambah Idris.

Sesi latihan penuh membabitkan kesemua pemain terpilih itu akan bermula hari ini.

Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS) musim ini masih mengekalkan khidmat Idris Untong untuk membentuk pasukan bagi menghadapi SPL 2026.

Beliau turut dibantu dua jurulatih berpengalaman luas iaitu Teruna Jeman dan Awang Jobli Awang Bidin.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Chery mohon maaf isu Omoda

Pengerusi dan Presiden Chery, Yin Tongyue, memohon maaf ber-hubung dengan kebimbangan terhadap kualiti kenderaan ke-luarannya di Malaysia susulan insiden sebuah Chery Omoda 5 yang mengalami

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang