ARTIKEL

1. BERSEDIA...Barisan jawatankuasa induk program sambutan perayaan Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang-Di Pertuan Agong Ke-17 peringkat Sarawak diketuai Datuk Seri Julaihi Narawi (tiga dari kiri barisan hadapan) menunjukkan poster majlis

Samarahan tuan rumah Hari Keputeraan Rasmi Yang-Di Pertuan Agong Ke-17 peringkat Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bahagian Samarahan dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan perayaan Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang-Di Pertuan Agong Ke-17 peringkat Sarawak.

Menteri Utili dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, pelbagai acara menarik dilaksanakan pada 5 hingga 8 September 2024.

“Antara pengisian menarik pada hari itu ialah ‘Pameran Raja Kita’ di pusat beli-belah Summer dengan menyasarkan kehadiran seramai 10,000 pengunjung.

“Kita juga ada majlis kesyukuran agama-agama lain pada 5 Septmeber (Khamis) di Dewan Suarah Samarahan.

“Selain itu, khutbah khas pada 6 September semasa solat Jumaat di seluruh masjid Sarawak yang menyentuh berkaitan sambutan perayaan Hari Keputeraan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-17 peringkat Sarawak.

“Pada petang (6 September) kita adakan majlis kesyukuran di Masjid Al-Muttaqim Kota Samarahan dengan jangkaan kehadiran seramai 700 jemaah,” katanya dalam sidang media di Bilik Mesyuarat Khas di Wisma Bapa, di sini, petang tadi.

Bagi hari kedua (7 September), Julaihi memberitahu terdapat majlis jamuan teh akan dilaksanakan seawal 10.30 pagi di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR) Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Tegas beliau, sambutan ini dilaksanakan bagi memperluas tentang kepentingan institusi Yang di-Pertuan Agong dalam sistem pemerintahan demokrasi berpalimen dan Konsep Raja Berpelembagaan.

Jelasnya, Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPANS) akan membantu menjadi agensi pelaksana utama program.

Jawatankuasa induk majlis juga meliputi empat Timbalan Menteri Bertanggungjawab iaitu Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Penerbangan dan Jalan Raya) Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Turut dilantik, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Dr Aidel Lariwoo dan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Martin Ben.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU