ARTIKEL

Sambut baik inisiatif i-Legasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pandangan awam berkaitan i-Legasi – kemudahan membolehkan ahli KWSP yang lebih berusia berkongsi sebahagian daripada simpanan persaraan mereka.

Ahli boleh memindahkan sebahagian daripada simpanan mereka ke dalam akaun KWSP ahli keluarga terdekat apabila mencapai umur layak pengeluaran penuh dan pada masa yang sama memastikan keselamatan persaraan mereka sendiri tetap terpelihara.

HOWARD BUNSU RESIK
Saya bersetuju dengan inisiatif i-Legasi kerana pelaburan yang boleh dibahagikan kepada ahli keluarga. Contoh pada umur 55 tahun simpanan tersebut boleh dicairkan untuk tujuan anak yang bersekolah di universiti, secara tidak langsung memudahkan perancangan ibu bapa dari peringkat awal.

JUHARA JORNI
Memang wajar diperkenalkan kerana ia membantu ahli keluarga membina simpanan persaraan lebih awal serta memudahkan perancangan warisan. Selain itu, dana yang dipindahkan masih kekal dalam akaun KWSP dan terus menerima dividen. Namun, ia perlu dilaksanakan dengan kawalan yang ketat supaya ahli tidak kekurangan simpanan untuk hari tua atau dipengaruhi oleh pihak lain untuk memindahkan wang mereka.

NINIE RACHA ANDING
Sebagai belia, saya menyambut baik kerana ia memudahkan perancangan warisan yang sistematik. Saya percaya KWSP faham tentang realiti ekonomi semasa. Sokongan kewangan keluarga amat penting untuk menjamin kemampanan generasi muda. Namun KWSP perlu menetapkan garis panduan dan pemantauan. Kita juga perlu memastikan pemindahan ini tidak menyebabkan pemilik asal kehilangan ‘safety net’ mereka sendiri. Harus ada had baki minimum.

DAYANG AMYNARIMA ABANG MUA’AN
Pada zaman sekarang, kita perlu berjimat cermat seperti yang disarankan oleh kerajaan. Selain itu, i-Legasi juga dapat membantu keluarga yang kehilangan pencarum KWSP. Ini kerana proses pengeluaran simpanan kadangkala mengambil masa yang agak lama, terutama ketika berlaku kecemasan. Dengan adanya i-Legasi, keluarga dapat menggunakan bantuan tersebut untuk menampung keperluan sementara selepas kehilangan pencarum KWSP.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil