ARTIKEL

Dr Juanda (kiri kedua) diiringi Hamden (kiri ketiga) menandatangi plak kehadiran.

Sambutan Hari Integriti JHS buka minda 320 peserta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Dari sudut psikologi hingga ke aspek perundangan dan jenayah siber, Sambutan Hari Integriti Jabatan Hutan Sarawak (JHS) kali ini membuka minda 320 peserta tentang kepentingan nilai integriti dalam tugas seharian.

JHS berkata, sambutan Hari Integriti JHS bertemakan From Seeds to Canopies, Everything Matters itu disambut setiap tahun sebagai usaha berterusan bagi membudayakan integriti dan memantapkan tatakelola jabatan.

“Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Murshid Diraja Dr Juanda Jaya dan ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengarah Hutan Sarawak, Datuk Hamden Mohammad.

Dr Juanda (kiri) membaca ringkas kandungan buku yang dipamerkan sambil disaksikan oleh Hamden (kiri ketiga).

“Lebih 150 orang kakitangan JHS, agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR) dan wakil pelesen-pelesen hadir secara fizikal, manakala seramai 170 orang kakitangan JHS hadir melalui aplikasi Zoom Meeting,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pelbagai pengisian ceramah menyerlahkan lagi penganjuran program tersebut, dimulakan dengan ceramah pertama oleh wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Kadir Mohamad, membentangkan topik bertajuk Kesalahan-kesalahan Berkaitan dengan Akta 694.

“Ceramah kedua disampaikan Pegawai Tadbir (Psikologi) JHS, Raymond Menggat bertajuk Integriti dari Perspektif Psikologi, diikuti ceramah ketiga oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), DSP Angela Ladie bertajuk Kesalahan Jenayah oleh Penjawat Awam (Gangguan Seksual oleh Penjawat Awam).

Dr Juanda (duduk tengah) bersama tetamu yang hadir merakam kenangan dalam majlis Sambutan Hari Integriti JHS, di Hotel Promenade, di sini, hari ini.

“Ceramah penutup pula disampaikan oleh wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Evonne Leonora Simon dengan tajuk Scammers dan Cara Menangani,” jelasnya.

Majlis turut menyaksikan penandatanganan Ikrar Integriti Korporat JHS sebagai manifestasi komitmen antirasuah oleh sebelas wakil pelesen, terdiri daripada Raplex Sdn Bhd, Ravenscourt Sdn Bhd, Shin Yang Sdn Bhd, Syarikat Samling Sdn Bhd, Cipta Reforestation, Agritech (Sarawak) Sdn Bhd, Rich Ventura Plantation, Focus Titanium Sdn Bhd, Yiihin Resources Sdn Bhd, Tn Rumah Ado Bilong serta komuniti Anap Muput.

Dr Juanda (kiri ketiga) bersama tetamu kehormat merakam kenangan.

“Ikrar tersebut kemudiannya diserahkan kepada Hamden sambil disaksikan oleh Dr Juanda dan Pengarah SPRM Negeri Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh,” ujarnya.

Hadir sama ialah Ketua Unit Integriti dan Audit Dalam, Abdul Wahab Ahmad dan Pegawai Hutan Wilayah Bintulu, Hwang Chiong Hee. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU