KUCHING: Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, Datuk Hanifah Hajar Taib menghadiri Majlis Resepsi Hari Kebangsaan Singapura ke-60 yang berlangsung meriah di ibu negara.
Majlis tersebut dihoskan oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, TYT Vanu Gopala Menon dan dirasmikan oleh Menteri Luar Negeri Malaysia, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan.
Majlis turut dihadiri oleh pelbagai lapisan tetamu termasuk komuniti warga Singapura yang menetap di Kuala Lumpur, wakil kerajaan, duta serta wakil diplomat asing yang mencerminkan persahabatan yang terjalin sejak 60 tahun yang lalu.
Bertemakan Bersejahtera Bersama, majlis itu menonjolkan hubungan erat antara Malaysia dan Singapura yang telah terjalin selama enam dekad.
Hiasan mural dinding bertema makanan, persahabatan, permainan, kerjasama, perayaan, dan keterhubungan turut dipamerkan, melambangkan perjalanan hubungan dua hala dari dahulu hingga kini. — TVS




