ARTIKEL

Sambutan luar biasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERTANDINGAN Cabaran E-Sukan Belia Dari Rumah Sarawak yang diadakan pada 10 April hingga 13 April mendapat sambutan luar biasa apabila dua jam pembukaan pendaftaran pertama dalam talian mendapat sambutan seramai 400 peserta yang mendaftar.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan berkata, sambutan itu amat menggalakkan apabila pendaftaran peserta mencapai tahap maksimum dalam tempoh dua jam pertama pembukaan pendaftaran dalam talian.

“Pihak penganjur iaitu Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sarawak (SESA) terpaksa membuka slot tambahan untuk peserta yang belum sempat mendaftar.

“Ini membuktikan bahawa e-sukan di negeri ini sangat berpotensi kerana minat yang tinggi dalam kalangan belia terhadap sukan tersebut tidak dapat dinafikan,” katanya semasa dihubungi oleh Suara Sarawak semalam.

Snowdan berkata, Sarawak mempunyai ramai pemain berbakat yang perlu digilap dan berpotensi besar untuk mengharumkan nama negeri.

Beliau juga menyambut baik pertandingan yang bakal berlangsung kerana seiring dengan saranan kerajaan mengenai Perintah kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan para belia sentiasa berada di dalam rumah.

“Program ini juga dapat menjadi aktiviti yang produktif untuk mengisi masa lapang mereka serta dapat berinteraksi secara dalam talian.

“Tambahan pula, program seperti ini dapat menjadi platform latihan secara kompetitif kepada para belia dalam usaha menjadi atlet atau pemain e-sukan profesional pada masa akan datang,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat