ARTIKEL

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sarawak 2026 diadakan di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Miri dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sarawak 1448 Hijrah yang bakal berlangsung pada 16 hingga 17 jun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, pemilihan Miri sebagai sambutan tersebut menjadi platform penting dalam memperkukuh perpaduan ummah serta penghayatan terhadap peristiwa Hijrah Rasulullah SAW.

Tema sambutan tahun ini ialah “Ummah Maju Makmur” yang menekankan kesejahteraan ummah secara menyeluruh melalui nilai perpaduan, kemajuan dan kesejahteraan sosial.

“Sambutan Maal Hijrah diadakan pada 16 dan 17 Jun. Kerajaan Sarawak melalui Majlis Islam Sarawak telah memilih Bandaraya Miri sebagai tuan rumah bagi Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sarawak bagi tahun 1448 Hijrah,” katanya ketika sidang media Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1448H/2026M di Pejabat Residen Bahagian Miri, di sini, hari ini.

Majlis sambutan akan bermula pada 16 Jun dengan Majlis Doa Akhir Tahun 1447H dan Doa Awal Tahun 1448H di Masjid Al-Taqwa Miri bermula jam 5.30 petang.

Manakala, majlis utama iaitu Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sarawak akan diadakan pada 17 Jun bersamaan 1 Muharam 1448H di Stadium Tertutup Bahagian Miri bermula jam 9 pagi.

Kerajaan Sarawak turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk memeriahkan sambutan berkenaan yang dijangka menjadi antara program keagamaan utama di negeri ini. – TVS

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU