ARTIKEL

Sana Twice, G-Dragon tiada hubungan istimewa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SPEKULASI hangat mengenai hubungan istimewa antara ahli TWICE, Sana, dengan bintang K-pop ternama, G-Dragon, akhirnya terjawab apabila agensi G-Dragon tampil menafi kan dakwaan tersebut.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Galaxy Corporation, gosip yang tersebar luas di media sosial itu disifatkan sebagai satu salah faham semata-mata

. Agensi menjelaskan bahawa hubungan antara G-Dragon dengan Sana hanyalah profesional dan tidak lebih daripada rakan selebriti yang pernah bekerjasama.

Difahamkan, khabar angin itu mula timbul selepas G-Dragon menanda akaun Instagram Sana ketika kumpulan TWICE membuat persembahan pembukaan untuk konsert Coldplay di Seoul baru-baru ini.

Tindakan itu mencetuskan spekulasi liar dalam kalangan peminat dan orang ramai yang mengandaikan adanya ‘sesuatu’ antara mereka.

Namun, menurut agensi, G-Dragon hanya menunjukkan perbuatan mesra sebagai tanda sokongan selepas kedua-duanya menjalani penggambaran bersama dalam program YouTube Dex and Sana’s Fridge Interview.

“Kami ingin menjelaskan bahawa tiada hubungan romantik antara G-Dragon dengan Sana.

Mereka hanya bertemu atas urusan kerja dan kekal sebagai rakan seperjuangan dalam industri hiburan,” jelas wakil Galaxy Corporation.

Perkembangan ini, sekali gus meredakan khabar angin yang menular, sekali gus mengingatkan bahawa interaksi profesional selebriti tidak harus disalah tafsirkan sebagai sesuatu yang lebih peribadi.

Untuk peminat, mungkin ini masanya untuk memberi ruang privasi kepada idola kesayangan mereka dan menikmati kolaborasi serta kandungan yang mereka hasilkan bersama. 

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha