ARTIKEL

Sanggar Puisi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEHIDUPAN SEPERTI SEBATANG SUNGAI

Terfikirkah bagaimana kejadian sebatang sungai?

Permulaan sekadar aliran kecil di celah batu

Tidak ramai menyedari wujudnya

Mengalir cekal melalui kerikil

Gigih menyusur akar

Tabah menuju alur

Beranikan diri bersatu.

Terbentuk jeram menjunam nekad jadi air terjun

Alirnya deras batuannya terjal halangannya hebat

Saat ini istimewa – segala kasih sayang puji puja menggunung.

Menuju ke sungai besar

Alirnya makin perlahan

Menghampiri muara segalanya semakin mencabar

Dadanya dibelah perut kapal

Segala kotor berkumpul

Kejernihan sirna

Keindahan menghilang

Hanya warna senja menambah indah.

Hayatilah biar sekadar indah orna senja

Satu-satunya untukmu!

RUSDI MN

Sibu

MALAM MELIPAT WAJAHNYA

di tepi perjalanan masa yang sunyi;

serpih cahaya tergantung di kaca senja

bergetar di mata

yang belum sempat menutup takdir.

ada nafas mencari bayang dirinya

mendaki tebing usia yang retak

dan harapan perlahan menyusut

dalam debu waktu yang bisu.

hidup —

terkadang seperti kain luka

disidai antara doa dan putus asa;

angin yang sama

menjemur atau mengoyaknya.

aku menatap bayang

yang meminjam mataku kembali;

mencari rumah

dalam gema langkah orang lain

menyapa sunyi

yang tumbuh dari reruntuh kehilangan.

dan ketika pagi datang

seperti pengembara tua tanpa alamat,

ia menatapku — tanpa suara:

“Segalanya akan berlalu,

tetapi tidak semuanya akan tinggal.”

MOHD NOOR ASA’A

JIKA KAU INGIN MANDIRI

Kemaskan dulu rerumput liar
yang menyengat segala pandang
jangan biarkan bumi
terus tenat dengan rasa sakit

Jika kau ingin mandiri,
indahkan pelangi dengan sinar kemajuan,
mendakap teguh setiap langkah kau singgah,
warnai alam semesta.

Rimba rimbun sumber kekayaan;
jangan dihalau penghuni rimba,
kerana khazanah tidak akan simpan
hanya pada nama di warta negara.
Kelak anak cucu
hanya kenal di gambar.

Anak negeri, tidakkah kau sedar
hangat luka pejuang terdahulu
semangat Rentap yang bara
nyala Rosli Dhoby yang tidak layu,
sehingga sanggup mengorbankan masa tuanya
demi bumi yang kau pijak hari ini.

Demi kau,
kita masih lagi bertatih;
namun akar tekad harus tumbuh.

Lengkapkan diri dengan ilmu di dada,
kukuhkan jiwa jadi benteng kebal.

Bumi yang luas mesti kau teroka:
biarlah tiada lagi lalang merajai tanah,
tetapi padi menguning
tetap jadi emas harapan.

NOR AINI MOHD HOL

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan