ARTIKEL

Gambar hiasan

Sanggup mencuri demi isteri, lelaki dipenjara 2 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang suami sanggup memecah masuk rumah orang untuk mencuri kerana percaya tindakan itu demi kebahagiaan isterinya.

Namun demikian, perbuatan tersebut membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mohamad Ali Abdullah, 21, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mason Jaro memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa sengaja memecah masuk rumah milik seorang wanita berusia 48 tahun di Muara Tabuan, kira-kira jam 12.30 tengah hari, 5 Jun 2022.

Menurut fakta kes, ketika kejadian, pengadu yang baru pulang dari kampung mendapati pintu pagar bahagian belakang rumahnya yang dikunci telah dipotong dan dua unit televisyen serta sebuah tong gas telah hilang, melibatkan kerugian sekitar RM1,500.

Laporan polis dibuat oleh pengadu untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh dalam satu serbuan Ops Pintu pada 21 Julai 2022.

Hasil siasatan mendapati cap jari tertuduh berada di dalam rumah seperti yang dilaporkan oleh pengadu semasa kejadian pecah masuk rumah.

Difahamkan, punca dia melakukan demikian kerana percaya perbuatan pecah masuk rumah demi kebahagiaan kepada isterinya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan