ARTIKEL

Operasi SAR giat dijalankan di kawasan kejadian.

SAR lelaki dikhuatiri dibaham buaya disambung semula esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki dewasa yang dikhuatiri dibaham buaya di Kampung Pandam, di sini, akan disambung semula esok.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, operasi SAR sukar dilaksanakan atas faktor keselamatan serta cuaca gelap dan ditangguhkan pada 6.17 petang.

“SAR pada hari pertama dilakukan dalam anggaran 1 kilometer ke hilir sungai dari tempat mangsa disambar buaya.

“Ketika anggota menjalankan pencarian, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melaporkan seekor buaya timbul dan terdapat satu objek yang merupakan jasad manusia berada di dalam mulut buaya tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, seorang lelaki dewasa, 58, dipercayai dibaham buaya ketika sedang memancing.

Saksi kejadian memberitahu ketika tiba di lokasi, hanya barang serta peralatan yang digunakan oleh mangsa dijumpai. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU