ARTIKEL

SAR Lelaki Dikhuatiri Lemas Di Sungai Baram Memasuki Hari Keempat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MARUDI: Seorang lelaki dikhuatiri lemas  ketika mandi di Sungai Baram, Kampung Long Miri, Marudi, dalam kejadian yang disaksikan ahli keluarga serta penduduk kampung pada petang 6 Jun lalu.

Mangsa, Maxwell Laing Michael, 37, dilaporkan berenang ke tengah sungai sebelum dipercayai mengalami kesukaran dan tenggelam ke dalam arus deras Sungai Baram.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berdasarkan laporan saksi kejadian, termasuk isteri dan anak mangsa, lelaki berkenaan pada mulanya dilihat mandi seperti biasa sebelum keadaan bertukar cemas apabila mangsa gagal kembali ke permukaan air.

“Kejadian itu turut disaksikan kira-kira 15 penduduk kampung yang berada berhampiran lokasi ketika insiden berlaku, namun usaha awal untuk menyelamatkan mangsa tidak berjaya berikutan arus sungai deras,” kata kenyataan itu.

Tambah JBPM Sarawak, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian diaktifkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Marudi sebaik menerima maklumat kejadian.

Menurut laporan operasi kata kenyataan itu, panggilan kecemasan diterima pada jam 12.30 tengah malam 7 Jun lalu sebelum pasukan penyelamat bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 183 kilometer dari balai operasi.

“Pasukan SAR tiba di Kampung Long Miri pada 2.40 petang sebelum operasi pencarian dimulakan secara bersepadu bersama dengan beberapa agensi lain di kawasan sungai berkenaan.

“Operasi hari keempat pencarian hari ini menyaksikan taklimat koordinasi diadakan pada 8 pagi bagi menyelaras strategi pencarian di kawasan tumpuan.

“Operasi turut dibantu beberapa bot milik penduduk kampung yang digunakan untuk menyusuri kawasan sungai, selain bot rasmi PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Sehingga laporan ini disediakan, mangsa masih belum ditemui dan operasi SAR diteruskan dengan tumpuan kepada kawasan arus deras serta titik terakhir mangsa dilihat tenggelam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU