ARTIKEL

SIDANG MEDIA…Farhan menjawab soalan daripada pemberita.

SAR lima pekayuh hilang diperluas esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Radius Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lima pekayuh perahu regata hilang selepas karam petang Jumaat akan diperluas sehingga ke Tanjung Po, esok hari.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Farhan Lee Abdullah berkata, terdapat kemungkinan mangsa dihanyutkan hingga ke muara Sungai Sarawak berdasarkan fenomena air pasang semasa kejadian.

P2-P3: SAR…Operasi SAR yang dijalankan hari ini.

“Operasi SAR hari ketiga akan dimulakan seawal 6 pagi dan beberapa kaedah baharu akan digunakan iaitu bantuan daripada Unit K9 JPBM; pemantauan di Baraj Sungai Sarawak serta tambahan aset longistik Pasukan Gerakan Udara (PGU),” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, pasukan penyelamat melakukan penyelaman di lokasi yang dikesan mempunyai petunjuk berkaitan sebanyak 10 kali, namun masih gagal menemui mangsa.

Katanya, meskipun pasukan menggunakan teknik sonar untuk mengetahui sama ada terdapat objek di dasar laut, namun jarak penglihatan dalam sungai yang keruh menyukarkan penyelam melakukan pengesanan.

Terdahulu, operasi SAR hari kedua dimulakan pada 6.30 pagi membabitkan lebih 40 anggota pelbagai agensi termasuk menggunakan teknik.

Mereka yang hilang ialah Mohamad Ikhmal Sama’ail, Majurie Maharuf, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, Mohamad Khairul Bidin dan Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan