ARTIKEL

Operasi SAR Mangka ditangguh, pencarian disambung hari ini.

SAR Mangka diteruskan hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar berburu di kawasan hutan Rumah Rebicca Lipat Ulu Skrang, di sini, ditangguhkan pada jam 5.30 petang semalam selepas mangsa masih belum ditemukan.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba, Mangka Enting, 58, dilaporkan keluar ke kawasan hutan sekitar jam 9 pagi semalam dan tidak pulang ke rumah sehingga menyebabkan keluarganya meminta bantuan untuk mengesan keberadaannya.

“Usaha awal pencarian dilakukan pengadu bersama penduduk rumah panjang di kawasan sekitar, namun mangsa masih gagal ditemui.

“Operasi SAR hari pertama hari ini (semalam) membabitkan tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong bersama empat anggota polis serta kira-kira 30 penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan.

PGO menambah, pasukan SAR menjalankan operasi dalam radius dua kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang, namun pencarian sehingga petang tadi masih belum menemukan mangsa.

Katanya, operasi SAR ditangguhkan pada jam 5.30 petang dan akan disambung semula hari ini, 5 September.

“Mangsa masih belum ditemui dan operasi pencarian akan diteruskan bagi mengesan keberadaannya,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU