ARTIKEL

Operasi SAR semalam masih gagal menemui mangsa

SAR mangsa lemas di Kuala Baram temui jalan buntu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Misi mencari dan menyelamat (SAR) Japar James Tadong, 18, yang dikhuatiri lemas di Kuala Baram semalam masih menemui jalan buntu dan terpaksa dihentikan pukul 5.20 petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi pencarian yang memasuki hari kelapan berkenaan telah dimulakan pada jam 9 pagi semalam.

“Operasi SAR melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bersama-sama agensi lain menggunakan empat bot dengan jarak radius pencarian lima kilometer (km) ke hulu dan lima km ke hilir sungai dari lokasi Japar dikatakan terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut PGO, pasukan SAR turut menggunakan pacuan empat roda pihak polis di kawasan Kampung Masjid Kuala Baram selain pencarian turut dilakukan di sekitar muara sungai dan sungai-sungai kecil dalam radius 15 km.

Hasil perbincangan dengan ahli keluarga Japar dan agensi terlibat, operasi ditamatkan sementera pada jam 5.20 petang dan akan disambung sekiranya terdapat tanda-tanda penemuan mangsa.

Pada 4 Mac lalu, SAR diaktifkan setelah seorang remaja lelaki dilaporkan hilang dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaan sekitar jam 6.38 petang.

Maklumat daripada saksi mengatakan bahawa mangsa tergelincir selepas mandi di sungai tersebut.

Menurut saksi, semasa kejadian, mangsa tidak menggunakan baju dan hanya menggunakan seluar pendek.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU