ARTIKEL

Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis.

SAR remaja hilang ketika pukat ikan disambung esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja yang dilaporkan hilang ketika memukat ikan bersama-sama bapa saudaranya ditangguhkan pada 6 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa dikenal pasti Joence Jordisone Jamit, berusia 16 tahun.

Bapa saudaranya Atin Isik, 62, yang turut dilaporkan hilang ditemukan dalam keadaan tidak sedar diri di tebingan sungai itu sebelum disahkan meninggal dunia.

“Susulan penemuan mayat mangsa, pasukan SAR memperluas radius pencarian seluas dua kilometer di kawasan darat dan sungai.

“Namun sehingga 5.30 petang mangsa yang masih hilang, gagal dijumpai sebelum operasi ditangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU