ARTIKEL

Sarawak akan hasilkan bateri untuk kenderaan elektrik, hibrid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak akan mempunyai kilang pembuatan bateri untuk kenderaan elektrik, hibrid dan kenderaan cekap tenaga (EEV) yang pertama yang akan memenuhi keperluan kedua-dua pasaran tempatan dan luar negara.

Cadangan kilang bernilai RM500 juta itu akan didirikan di Demak Laut di sini, ia adalah sebahagian daripada kerjasama antara Amalgamated Batteries Manufacturing (Sarawak) Sdn Bhd (ABM) dan Jujiang Power Technology Co. Ltd dari China.

Timbalan Pengarah Urusan ABM Datuk Alan Tay Tze Poh berkata terdapat pasaran yang besar untuk bateri itu daripada pembuat kereta tempatan dan luar negara.

“Ia (kilang yang dicadangkan itu) masih di peringkat awal, akan terdapat banyak perbincangan antara kami untuk memuktamadkan perinciannya,” katanya kepada Bernama selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara dua syarikat itu di sini semalam.

Pengerusi ABM Datuk Seri Tay Chin Kin dan rakan sejawatannya daripada Jujiang, Wang Dong menandatangani MoU itu, disaksikan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

ABM, yang ditubuhkan pada 1971, merupakan pengilang bateri automotif untuk pasaran tempatan dan eksport, merangkumi negara ASEAN, Taiwan, Australia, Timur Tengah dan negara Afrika.

Wang Dong dalam ucapannya berkata walaupun pelaburan yang dicadangkan hanya RM500 juta, mereka akan mengguna pakai teknologi tinggi untuk menghasilkan bateri itu.

“Saya percaya bahawa pelaburan ini hanyalah permulaan, terdapat banyak lagi projek daripada Jujiang pada masa akan datang,” katanya, dan menambah bahawa syarikat itu komited untuk menyumbang ke arah usaha sosial dan mewujudkan pekerjaan di negeri ini.

Sementara itu, Abang Johari dalam ucapannya berharap kedua-dua syarikat tidak hanya memberi tumpuan terhadap pembuatan tetapi juga perlu menjalankan penyelidikan dan pembangunan mengenai kitar semula bateri lithium-ion.

“Sarawak boleh menjadi makmal untuk kedua-dua syarikat menjalankan penyelidikan lithium, sama ada dikitar semula atau mengekstrak lithium daripada bateri lama dan digunakan untuk (menghasilkan) bateri lain. Mungkin anda juga boleh mencipta teknologi baharu, jadi dengan  itu bateri lithium-ion boleh kekal untuk digunakan bagi tempoh jangka panjang,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha