ARTIKEL

Sarawak ambil alih MASwings dalam tempoh tiga bulan, mula penerbangan tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menyasarkan syarikat penerbangan miliknya melakukan penerbangan pertama pada tahun hadapan selepas proses pengambilahan saham syarikat MASwings Sdn Bhd (MASwings) dimuktamadkan.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau memberi tempoh tiga bulan untuk rundingan dan perbincangan terperinci diselesaikan bagi membolehkan Sarawak mengambilalih sepenuhnya syarikat tersebut.

“Saya memberi mereka masa selama tiga bulan untuk dimuktamadkan perbincangan. Kalau boleh, tahun hadapan kita sudah boleh melakukan penerbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Sarawak, Hornbill Skyways Sdn. Bhd. dan MAG mengenai pengambilalihan saham dalam MASwings Sdn. Bhd. oleh Kerajaan Sarawak, di sini, hari ini.

Menurutnya, pengambilalihan syarikat penerbangan tersebut adalah untuk Kerajaan Sarawak menyediakan infrastruktur yang baik kepada rakyat negeri ini kerana ia merupakan sistem pengangkutan penting di negeri ini yang merupakan sebuah kepulauan.

“Inisiatif ini untuk membantu rakyat yang sering mengadu harga tiket penerbangan terlalu mahal khususnya pada musim perayaan. Jadi apabila kita mempunyai syarikat penerbangan sendiri, harga tiket yang ditawarkan kelak adalah berpatutan.

“Melalui syarikat penerbangan kita sendiri, kita boleh menyesuaikan model perniagaan yang mengutamakan keperluan. Kita bukan fokus untuk mencari untung, asalkan ia mampu menampung kos pengoperasian,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, syarikat penerbangan itu kelak akan dikendalikan oleh Hornbill Skyways Sdn. Bhd. yang merupakan milik penuh Kerajaan Sarawak sejak tahun 1977.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan