ARTIKEL

Ahmad Khusairi ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Persidangan Strategi Antirasuah Kebangsaan (NACS) di Kuching, hari ini.

Sarawak antara negeri catat kes rasuah paling rendah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketegasan dan kesungguhan Kerajaan Sarawak dalam melaksanakan dasar integriti serta tadbir urus bersih menjadi faktor utama negeri ini mencatat kes rasuah antara yang paling rendah di Malaysia.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, kejayaan tersebut membuktikan keberkesanan pendekatan menyeluruh kerajaan negeri dalam memastikan integriti menjadi budaya pentadbiran.

“Kes di Sarawak secara asasnya adalah minimal, tidak seperti negeri-negeri lain. Paling penting ialah keseriusan kerajaan negeri.

“Semalam ada program integriti, hari ini ada lagi berkaitan, esok pun ada lagi. Ini menunjukkan komitmen yang konsisten dan berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Persidangan Strategi Antirasuah Kebangsaan (NACS) yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Integriti dan Ombudsman) di sini, hari ini.

Ahmad Khusairi menjelaskan, antara faktor kejayaan Sarawak ialah keberanian kerajaan negeri menerapkan nilai integriti dalam semua lapisan pentadbiran dan pelaksanaan projek, bukan sekadar di peringkat dasar.

Menurut beliau, langkah memperkenalkan pelbagai instrumen pencegahan rasuah oleh kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu menjadi bukti nyata kepada komitmen tersebut.

Beliau berkata, inisiatif tersebut menjadikan Sarawak antara negeri terbaik dalam pencegahan rasuah di Malaysia dan keberkesanan itu terbukti melalui data yang diperoleh.

Tambahnya, persidangan tersebut merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Strategi Antirasuah Kebangsaan (NACS) 2024 hingga 2028, yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada tahun lalu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU