ARTIKEL

Abang Johari (empat kiri) dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang (tiga kiri) bersama-sama tetamu kehormat lain melakukan simbolik Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Gedong, malam tadi.

Sarawak bakal bina pelabuhan laut dalam di Tanjung Embang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah pelabuhan laut dalam baharu bakal dibina di Sarawak, sekali gus mentransformasikan lagi pembangunan pelabuhan di wilayah ini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pembinaan pelabuhan di Tanjung Embang itu kini dalam fasa perancangan dan akan dilaksanakan dalam masa beberapa tahun lagi.

“Kita akan bina pelabuhan laut dalam di Tanjung Embang kerana di sana airnya tenang dan tidak berombak.

“Ini bermakna kita akan ada pelabuhan di laut dan kita hubungkan dengan pantai, dan kita bangunkan terus dari Tanjung Embang menuju ke Kota Samarahan dan Gedong,” katanya berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Gedong di sini, malam tadi.

Abang Johari menegaskan, beliau optimis Sarawak mampu melaksanakan pembinaan pelabuhan itu seperti di Osaka, Jepun dan Shanghai, China.

“Kalau di Osaka dan Shanghai sudah ada (pelabuhan laut), mustahil Sarawak tidak boleh,” katanya.

Sebelum ini, kajian untuk pembinaan pelabuhan laut dalam itu telah dibuat menerusi termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pelabuhan Antwerp-Bruges dan pihak swasta dari Sarawak.

Berdasarkan laporan berita, Abang Johari turut menyaksikan majlis menandatangani MoU tersebut bagi cadangan membangunkan Pelabuhan Tanjung Embang di muara Sungai Sarawak, secara kerjasama antara Pelabuhan Antwerp dan Hubline Bhd.

Pelabuhan Antwerp merupakan pelabuhan kontena antarabangsa kedua terbesar di Eropah dan ke-14 di peringkat dunia, sementara Hubline adalah syarikat tempatan yang terlibat dalam perkhidmatan logistik perkapalan secara pukal.

Sementara itu, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel turut dilaporkan berkata, pelabuhan yang berkonsepkan integrasi dengan pembangunan industri merupakan salah satu daripada dua pelabuhan laut dalam yang akan dibangunkan di bawah Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030.

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,