ARTIKEL

Datuk Dr. Hazland Abang Hipni bercakap pada Program Kesedaran Perubahan Iklim, Kelestarian Alam Sekitar dan Potensi Ekonomi Hijau di Kolej Universiti i-CATS, di sini, hari ini.

Sarawak bakal lahirkan ramai pakar teknologi hijau, sumber tenaga boleh diperbaharui

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak bakal melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang teknologi hijau dan sumber tenaga boleh diperbaharui melalui pengenalan kursus baharu berkaitan penyelenggaraan hidrogen.

Menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni, kursus tersebut bertujuan melahirkan tenaga kerja tempatan yang akan menyelenggara kenderaan berkuasa hidrogen termasuk Transit Aliran Automasi (ART) di negeri ini.

“Saya dimaklumkan bahawa Kolej Universiti i-CATS dan kementerian saya akan memperkenalkan kursus baharu yang melibatkan teknologi penyelenggaraan hidrogen.

“Usaha ini penting untuk Sarawak melahirkan lebih ramai juruteknik serta tenaga kerja mahir yang boleh menyelenggara semua ART kita, termasuk kenderaan hidrogen lain seperti bas dan Toyota Mirai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kesedaran Perubahan Iklim, Kelestarian Alam Sekitar dan Potensi Ekonomi Hijau di Kolej Universiti i-CATS, di sini, hari ini.

Dalam pada itu ujarnya, Sarawak bakal menjadi pengeluar utama tenaga hidrogen di rantau ini menerusi pembangunan dua loji hidrogen hijau berskala besar.

“Kita akan mempunyai dua loji hidrogen masing-masing pada tahun 2028 dan 2030 melalui kerjasama dengan syarikat dari negara Jepun dan Korea Selatan.

“Setiap loji yang dibina di kawasan berkeluasan 1,000 ekar tersebut memerlukan sekitar 1,000 tenaga kerja. Ia dijangka dapat menghasilkan sejumlah 100,000 tan hidrogen setiap tahun.

“Justeru, ini merupakan peluang anda para generasi muda untuk merebut peluang bekerja dalam sektor berkenaan dan ia boleh bermula dengan belajar di institusi yang menawarkan kursus berkaitan tenaga serta teknologi hijau,” tegasnya.

Hadir sama, Naib Canselor Kolej Universiti i-CATS, Prof Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce.

Datuk Dr. Hazland Abang Hipni menerima cenderamata daripada Prof Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

BEFR terima Anugerah Platinum MyTQA

BORNEO Empurau Farm & Resort (BEFR), destinasi pertanian dan ekopelancongan bersepadu seluas 69 ekar yang terle-tak di Tarat, Serian, berjaya memperoleh pengiktirafan berprestij pada peringkat