ARTIKEL

Sarawak bantu 364 ibu tunggal mulakan perniagaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dan Jabatan Wanita dan Keluarga (JWK) Sarawak komited dalam membantu wanita khususnya ibu tunggal di negeri ini.

Justeru Adun Bekenu Datuk Rosey Yunus berkata, pelbagai bentuk bantuan telah disediakan merangkumi Bantuan Geran Pelancaran dengan kadar RM5,000 seorang dalam bentuk peralatan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan mikro mereka.

Katanya, sehingga April 2022, seramai 364 ibu tunggal telah menerima bantuan serta bimbingan dari JKM Sarawak dan masih aktif berniaga.

“Bagi inisiatif dijalankan melalui JKW Sarawak, ia merangkumi pembiayaan caruman minimum berjumlah RM60 oleh Kerajaan Sarawak untuk Program Kasih Suri Keluarga Malaysia bagi ketua isi rumah berdaftar di bawah e-Kasih sebagai tujuan persaraan,” katanya.

BERCAKAP…ADUN Bekenu Datuk Rosey Yunus

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan Adun Dudong Datuk Seri Tiong King Sing mengenai jumlah dan peruntukan dan jenis bantuan khas disediakan kepada ibu-ibu tunggal yang berhasrat untuk menjalankan perniagaan mikro dalam Persidangan DUN Ke-19, hari ini.

Sehubungan itu, Rosey mengalakkan golongan wanita ini untuk menabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

Antara manfaatnya adalah insentif RM480 daripada kerajaan pusat, Bantuan Hilang Upaya RM5,000 dan Bantuan Khairat Kematian RM2,500.

Sementara itu, Rosey juga mendedahakan terdapat agensi lain turut membantu wanita termasuk ibu tunggal dalam bidang perniagaan mikro seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Jabatan Pertanian Sarawak, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) dan Majlis Amanah Rakyat.

Selain itu katanya, melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di bawah kerajaan pusat antara inisiatif yang disediakan adalah Bantuan Khas Ibu Tunggal berjumlah RM300 secara ‘one off’ semasa pandemik Covid-19 pada tahun 2020.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU