ARTIKEL

Abang Johari (tengah) menerima kunjungan hormat daripada Mitsubishi Corporation di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Kuching hari ini. | Foto: UKAS

Sarawak berpotensi besar jadi pusat neutraliti karbon rantau ASEAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak berpotensi besar untuk menjadi pusat neutraliti karbon di rantau ASEAN, didorong oleh infrastruktur yang berkembang pesat serta dasar mesra pelaburan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menekankan kepentingan memastikan kejayaan projek-projek berkaitan neutraliti karbon, selaras dengan usaha memperkukuh kerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk Mitsubishi Corporation.

“Perbincangan lanjut dijangka diteruskan dalam mesyuarat akan datang bagi memperincikan bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan antara Mitsubishi Corporation dengan Sarawak dalam sektor tenaga mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Eksekutif Mitsubishi Corporation, Kiyotaka Kikuchi, di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Mitsubishi Corporation turut menyatakan komitmen mereka untuk terus bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam pembangunan neutraliti karbon.

Jelas Kiyotaka, komitmen ini merupakan tanda penghargaan atas hubungan erat selama 50 tahun antara syarikat konglomerat mereka dengan Kerajaan Sarawak.

Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa pertemuan tersebut turut membincangkan perkembangan perniagaan masa hadapan dengan tumpuan utama pada inisiatif tenaga hijau dan kelestarian alam sekitar.

“Kami belum berbincang secara terperinci tentang projek tertentu, namun perbincangan kami hari ini tertumpu kepada manfaat bersama dan strategi masa depan,” jelasnya.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan