ARTIKEL

Abang Johari ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Kepimpinan Korporat Sarawak (SCOPE) 2026: Daripada Visi kepada Realiti dalam Perjalanan Transformasi Sarawak di Kuching, hari ini. | Gambar Ghazali Bujang

Sarawak cadang tubuh pejabat bersama SEB-PETROS di Abu Dhabi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mencadangkan penubuhan pejabat bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) di Abu Dhabi bagi menyelaras projek kerjasama tenaga dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, cadangan itu masih dalam peringkat perancangan dan pelaksanaannya bergantung kepada perkembangan projek yang kini menjalani kajian kebolehlaksanaan.

“Kita cadang sebab kita ada kerjasama dengan pihak Abu Dhabi dalam solar dan juga perbincangan mengenai industri gas.

“Jadi, kita mencadangkan supaya satu pejabat yang diuruskan bersama SEB dan PETROS ditempatkan di Abu Dhabi bagi menguruskan projek apabila dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Kepimpinan Korporat Sarawak (SCOPE) 2026: Daripada Visi kepada Realiti dalam Perjalanan Transformasi Sarawak di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, penubuhan pejabat berkenaan bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama Sarawak dengan Abu Dhabi, selain memudahkan pengurusan dan penyelarasan projek tenaga yang dicadangkan.

SEB dan PETROS akan mengendalikan pejabat itu secara bersama selaras dengan peranan kedua-dua syarikat dalam sektor tenaga serta industri minyak dan gas Sarawak.

Bagaimanapun, katanya, cadangan berkenaan masih tertakluk kepada perkembangan pelaksanaan projek dan belum merupakan keputusan muktamad.

“Ia masih dalam peringkat kajian kebolehlaksanaan. Jurutera mereka juga sudah beberapa kali datang dan saya rasa mungkin dalam masa setahun boleh dilaksanakan,” katanya.

BERITA LAIN

15 penerima peruntukan khas Perdana Menteri di Mukah

MUKAH: Majlis Sambutan Warga Emas Mukah bukan sahaja menjadi wadah menghargai golongan berusia, malah turut menyaksikan penyerahan pelbagai peruntukan dan sumbangan bagi menyokong keperluan masyarakat

BERITA TERBARU

15 penerima peruntukan khas Perdana Menteri di Mukah

MUKAH: Majlis Sambutan Warga Emas Mukah bukan sahaja menjadi wadah menghargai golongan berusia, malah turut menyaksikan penyerahan pelbagai peruntukan dan sumbangan bagi menyokong keperluan masyarakat