ARTIKEL

RAKAM KENANGAN…Fatimah merakam kenangan bersama-sama delegasi DPPM hari ini.

Sarawak Catat 9,554 Tangkapan Kes Dadah Dalam Tempoh 7 Bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 9,500 individu ditahan dalam tempoh hanya tujuh bulan menerusi ribuan operasi membanteras dadah di Sarawak dengan rampasan bahan terlarang mencecah RM50.1 juta.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, bagi tempoh Januari hingga Julai 2026, sebanyak 7,070 operasi penguatkuasaan dilaksanakan.

Katanya, ia dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak.

“Hasil operasi itu merekodkan 9,554 tangkapan, termasuk 456 individu disyaki terbabit dalam pengedaran, 1,760 kerana memiliki dadah dan substans, manakala 7,338 lagi individu yang disaring dan didapati positif urin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat daripada Program Dasar Dadah Malaysia (DPPM) di sini, hari ini.

Sementara itu kata Fatimah, dalam tempoh sama, sebanyak 1,376,218.62 gram atau kira-kira 1,376 kilogram dadah dan substans berbentuk mampat serta 6,376 pil dirampas JSJN dan JKDM.

Katanya, rampasan bernilai RM50,105,805.23 itu dianggarkan mampu menyekat sehingga 1,966,026 kali penggunaan dadah dan substans terlarang, selain menyelamatkan kira-kira 245,866 individu daripada penyalahgunaan dadah bagi tempoh sebulan.

“Usaha membanteras penyalahgunaan dadah turut disusuli tindakan rawatan dan pemulihan menerusi rantaian Jawatankuasa Sehenti Menangani Isu Dadah dan Substans (OSC MIDS) bagi memastikan mereka yang terjebak tidak terus menyalahgunakan dadah dan substans,” katanya.

Beliau menambah, setakat 31 Julai 2026, seramai 4,690 individu direkodkan menjalani rawatan dan pemulihan di Sarawak.

Katanya, daripada keseluruhan tangkapan, Kuching mencatat jumlah tertinggi dengan 2,541 orang, diikuti Bintulu sebanyak 1,101, Miri (1,068), Sibu (948) dan Samarahan (422).

“Bagi kes tangkapan serta rampasan besar, JSJN turut merekodkan beberapa kejayaan membanteras kegiatan pengedaran dadah di Sarawak sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

Hadir sama, Pengarah DPPM, Palani Narayanan, Penasihat DPPM Sanjeet Deo dan kenamaan lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU