ARTIKEL

Dr Sim Kui Hian (empat kanan) bersama Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom (empat kiri) pada Persidangan Rabies di Borneo (RIB). - Foto: Ghazali Bujang

Sarawak catat purata 360 kes manusia digigit haiwan setiap minggu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gejala jangkitan penyakit rabies di Sarawak semakin membimbangkan dengan sebanyak 12,587 kes gigitan haiwan direkodkan dalam tempoh antara 1 Januari hingga hujung Ogos tahun ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata secara purata sebanyak 360 kes gigitan haiwan dilaporkan berlaku setiap minggu.

“Daripada jumlah tersebut, 6,966 atau 55.34 peratus adalah gigitan atau calar kucing, 5,451 (43.30 peratus) adalah gigitan anjing dan 170 (1.35 peratus) melibatkan haiwan lain.

“8,703 kes daripadanya merupakan gigitan atau calar daripada haiwan peliharaan manakala 3,884 kes melibatkan haiwan liar atau terbiar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, pada Persidangan Rabies di Borneo (RIB) 2024 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, sejak wabak itu dikenal pasti pada 2017, Sarawak telah merekodkan 81 jangkitan rabies manusia yang mengakibatkan 74 kematian.

Pada tahun ini, sebanyak enam kes baharu jangkitan manusia dilaporkan.

Justeru, tegasnya, Sarawak akan terus komited dalam usaha kawalan dan pencegahan rabies secara menyeluruh.

Katanya, beberapa langkah pencegahan dan kawalan telah pun dilaksanakan, termasuk vaksinasi besar-besaran terhadap anjing, pelesenan dan mikrocip, kawalan populasi anjing, kempen kesedaran serta pengawasan dan pemantauan.

“Di Sarawak, kita mempunyai ‘Immune Belt Enforcement Team’ (IBET) di bawah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) untuk mencegah pencerobohan rabies di sepanjang sempadan Sarawak-Kalimantan yang menjangkau lebih 1,032 kilometer dari Lundu ke Lawas.

“IBET secara aktif memantau dan mengekang pergerakan anjing gila, di samping menjalankan pengawasan penyakit dan berjaya memvaksin 21,860 anjing, sekali gus mencapai 89 peratus imuniti IBET tahun lalu,” katanya.

Tambah Premier, hingga kini sebanyak 36,900 anjing daripada sasaran 50,0000 menjelang akhir tahun telah berjaya divaksin oleh Jabatan Veteriner Sarawak dan IBET.

Terdahulu, Persidangan RIB melibatkan kerjasama antara Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Business Events Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan (SSPCA) dengan lain-lain agensi.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu