ARTIKEL

Abang Johari memotong kek sempena Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-25 SACOFA di Kuching, malam tadi. Foto: MOHD ALIF NONI

Sarawak Ceburi Industri Aeroangkasa, Sasar Lancar Satelit Sendiri Menjelang 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menyasarkan untuk menceburi industri aeroangkasa termasuk melancarkan satelit sendiri menjelang 2030 sebagai sebahagian daripada agenda memperkukuh ekonomi berasaskan teknologi tinggi.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sasaran itu mampu direalisasikan kerana negeri ini mempunyai sumber serta keupayaan untuk membangunkan teknologi masa depan.

“Ada yang mengatakan sasaran ini terlalu bercita-cita tinggi, tetapi bagi saya data amat penting untuk membawa kita ke hadapan dan kita mempunyai sumber untuk melaksanakannya.

“Menjelang 2030, kita mahu terlibat dalam industri aeroangkasa,” katanya pada Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-25 SACOFA di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Tambahnya, sebagai persediaan membangunkan industri aeroangkasa, Kerajaan Sarawak meminta Kolej Universiti i-CATS menubuhkan Fakulti Aeroangkasa bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang tersebut.

“Kita mahu melatih tenaga kerja tempatan dalam teknologi aeroangkasa supaya Sarawak mempunyai kepakaran sendiri apabila industri ini berkembang kelak,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata data bakal menjadi aset paling penting pada masa depan, justeru Sarawak perlu memperkukuh keupayaan digital menerusi teknologi seperti pengkomputeran awan, nanosatelit dan rangkaian satelit Orbit Bumi Rendah (LEO).

Sehubungan itu, Sarawak turut merancang membangunkan Kampus Data AI di Tanjung Embang.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kewujudan syarikat semikonduktor X-FAB di Sarawak mampu melengkapkan usaha negeri membangunkan industri teknologi, termasuk menghasilkan reka bentuk cip sendiri.

Menurutnya, atas sebab itu Kerajaan Sarawak menyediakan pendidikan tinggi percuma kepada anak Sarawak yang mengikuti pengajian dalam bidang berkaitan sebagai persediaan memenuhi keperluan industri masa depan.

Dalam pada itu, beliau berkata Kerajaan Sarawak turut memberi penekanan penambahbaikan kesalinghubungan digital dalam kehidupan harian termasuk menyediakan kemudahan Wi-Fi dalam pesawat AirBorneo.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan