ARTIKEL

Pasukan merakam gambar kenangan selepas Kejuaraan Pencak Silat Tanding dan Seni Terbuka Kebangsaan AGSP Fighter 3.0 2026.

Sarawak cemerlang dalam acara silat kebangsaan dengan 14 pingat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Silat Helang Putih Perkasa (SHPP) Sarikei @ Rumput Silat Sarawak (RSS) mengharumkan nama Sarawak apabila membawa pulang 14 pingat keseluruhan serta dinobatkan sebagai penerima Piala Pelepas Terbaik pada Kejuaraan Pencak Silat Tanding dan Seni Terbuka Kebangsaan AGSP Fighter 3.0 2026.

Kejohanan yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak itu menyaksikan kontinjen Sarawak meraih lima pingat emas, enam pingat perak dan tiga pingat gangsa hasil persembahan cemerlang atlet dalam pelbagai kategori.

Lima pingat emas disumbangkan oleh Que Arasyi Mohd Sahdina Syarmin, Nuqman Shahiezy Mohd Norshahriza, Nur Ariana Alya Rudy, Nurdhia Shahzana Mohd Norshahriza dan Muhammad Afif Syafie Abbas Salimi.

Sementara itu, enam pingat perak dimenangi Nur Elisya Syazwani Rakawi, Nur Azzalea Nahdira Rakawi, Aida Najjiha Mohammad Nazri, Mohammad Hanif Danish Mohammad Firdaus, Abang Syaznil Muqrin Abang Suffian serta Marzulbie Izzan Edrie.

Tiga lagi pingat gangsa disumbangkan oleh Aida Naddira Mohammad Nazri, Mohammad Aqil Uwais Niman dan Mujibur Rahman Badrul Hisham.

Pengurus pasukan, Mohammad Nazri Aboi berkata, kejayaan itu merupakan hasil usaha gigih atlet, jurulatih, pengurusan pasukan serta sokongan padu ibu bapa sepanjang tempoh persiapan menghadapi kejohanan tersebut.

“Alhamdulillah, enam bulan latihan, pelbagai pengajaran dilalui dan banyak keberkatan diterima. Terima kasih atas sokongan dan doa yang tidak putus-putus.

“Alhamdulillah, anak-anak SHPP Sarikei @ RSS Sarawak berjaya meraih lima emas, enam perak dan tiga gangsa pada Kejuaraan Pencak Silat Tanding dan Silat Seni Terbuka Kebangsaan AGSP Fighter 3.0 Tahun 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak.

“Seramai 22 atlet terlibat dan pasukan turut menerima Piala Pelepas Terbaik. Tahniah kepada jurulatih, Arif Abu Bakar dan Nurul Amrah Rudy Iswandy,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan kejayaan tersebut membuktikan bahawa kerja keras, disiplin dan semangat berpasukan mampu menghasilkan pencapaian yang membanggakan.

“Kepada atlet yang belum berjaya meraih pingat, jangan berputus asa. Kekalahan hari ini bukanlah penentu masa hadapan.

“Jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri, berlatih dengan lebih gigih dan kembali lebih kuat pada pertandingan akan datang. Teruskan latihan dan jangan pernah mengalah,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU