ARTIKEL

Sarawak cipta rekod MBOR, pemain hadrah teramai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak berjaya melakar catatan rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas persembahan 1,001 pemain hadrah selama 30 minit di Padang Merdeka di sini hari ini dinobatkan sebagai jumlah pemain teramai menjayakan pertunjukan hadrah terbesar di Malaysia sehingga kini.

Persembahan yang melibatkan para pemain hadrah dari Kuching, Samarahan dan Lundu itu berjaya memecahkan rekod yang dipegang Pahang yang menghimpunkan 350 pemain sebelum ini.

Sijil pengesahan rekod terbaharu itu diserahkan oleh wakil MBOR kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari dalam ucapannya berkata selain hadrah, warisan budaya lain yang perlu dipelihara dan dilestarikan ialah kesenian bela diri Melayu seperti silat, tarian dan muzik.

“Kerjasama dan sokongan dari NGO (badan bukan kerajaan) dan semua lapisan masyarakat dalam memelihara dan memulihara seni warisan budaya untuk tatapan generasi akan datang amat kita alu-alukan,” katanya dalam ucapan perutusan pada majlis itu.

Abang Johari bersama timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut serta bermain hadrah dalam acara bersejarah yang dianjurkan oleh Persatuan Kesenian dan Warisan Melayu Kuching (KEWARISMA) dengan kerjasama Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) itu.

Pada majlis itu juga 1,000 pesilat dari 16 persatuan dan perguruan silat turut berhimpun, menjadikan ia sebagai perhimpunan terbesar pesilat dalam tempoh 10 tahun, selepas perhimpunan kali terakhir pada 2009 yang melibatkan 500 pesilat. – Bernama

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan