KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, sempena ulang tahun keputeraan beliau.
Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah mendoakan agar beliau sentiasa diberi kesihatan yang baik, kesejahteraan serta keberkatan dalam meneruskan khidmat bakti kepada rakyat dan negeri.
Tun Wan Junaidi juga berharap agar hubungan kerjasama dan persefahaman antara Sarawak dan Melaka terus diperkukuh.
“Kerjasama ini menyumbang kepada keharmonian dan kemajuan negara,” katanya menerusi satu hantaran Facebook hari ini.



