ARTIKEL

Abang Johari pada Majlis Perasmian Pusat Kebudayaan Orang Ulu di Miri, hari ini.

Sarawak dapat perhatian peringkat antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sarawak semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa hasil pembangunan konsisten sektor infrastruktur, tenaga, teknologi dan modal insan, tanpa terlalu bergantung pada publisiti.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peningkatan minat pihak luar terhadap negeri ini dapat dilihat menerusi kunjungan pelabur, wakil negara asing serta syarikat antarabangsa yang mahu meneroka peluang kerjasama.

“Kita tidak banyak bising. Kita buat sahaja. Dalam tempoh beberapa tahun, kita berjaya membina sejumlah 21 jambatan dan infrastruktur mega kerana kita tahu apa yang hendak dicapai.

“Dahulu, siapa yang tahu mengenai Sarawak? Hari ini boleh dikatakan setiap bulan ada orang datang,” katanya pada Majlis Perasmian Pusat Kebudayaan Orang Ulu di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara kunjungan terbaharu membabitkan seorang usahawan Itali yang membawa minat pelaburan daripada dana berdaulat Kanada dan China.

Katanya, ketika ditanya mengapa memilih Sarawak, pihak berkenaan menyatakan keyakinan terhadap dasar negeri serta potensi modal insan yang dimiliki.

Sarawak turut menerima kunjungan wakil Rusia serta syarikat teknologi seperti SoftBank yang menyatakan minat untuk meneroka kerjasama dalam bidang teknologi aeroangkasa, termasuk satelit.

Peningkatan profil Sarawak turut didorong keupayaan negeri melaksanakan pelbagai projek pembangunan menggunakan sumber sendiri, tanpa bergantung sepenuhnya pada Kerajaan Persekutuan.

“Pendekatan itu membolehkan projek infrastruktur strategik, termasuk jalan raya, jambatan dan kemudahan lain, dilaksanakan bagi membuka lebih banyak kawasan kepada aktiviti ekonomi.

“Ini penting khususnya di kawasan Baram dan utara Sarawak kerana kesalinghubungan yang lebih baik akan membuka peluang dalam sektor pertanian, pelancongan dan ekonomi baharu,” katanya.

Dalam sektor tenaga, katanya, Sarawak akan terus meneroka penggunaan teknologi baharu, termasuk hidro aliran sungai dan solar terapung bagi meningkatkan kapasiti tenaga negeri.

Beliau memberi contoh potensi Sungai Kuap berhampiran Taman Perindustrian Sama Jaya yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan projek solar terapung.

Menurutnya, kawasan Baram, Bario, Ba’kelalan, Trusan dan Lawas juga mempunyai potensi besar dalam sektor pertanian bernilai tinggi sekiranya disokong oleh infrastruktur serta teknologi moden.

“Apabila kita mempunyai infrastruktur, kita boleh meningkatkan sektor pertanian kepada tanaman yang mempunyai nilai tinggi,” katanya.

Abang Johari berkata, gabungan pembangunan fizikal, teknologi, tenaga, pendidikan dan kestabilan sosial menjadi faktor penting dalam meningkatkan keyakinan pihak luar terhadap Sarawak.

Perkembangan itu, katanya, menunjukkan Sarawak bukan lagi sekadar dikenali kerana sumber aslinya, malah semakin mendapat perhatian kerana keupayaan merancang serta melaksanakan agenda pembangunan jangka panjang.

BERITA LAIN

Pembangunan Darul Hana utamakan kesejahteraan penduduk

KUCHING: Pembangunan semula Darul Hana perlu mengutamakan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penduduk, selain memastikan setiap isu masyarakat ditangani menerusi perbincangan serta penyelesaian praktikal. Premier Sarawak,

Jadi Premier perlu bijak cari dana – Abang Johari

MIRI: Keupayaan menjana dana bagi membiayai pembangunan negeri perlu menjadi antara kriteria penting bagi seseorang yang ingin menerajui Sarawak sebagai Premier. Premier Sarawak, Datuk Patinggi

BERITA TERBARU

Pembangunan Darul Hana utamakan kesejahteraan penduduk

KUCHING: Pembangunan semula Darul Hana perlu mengutamakan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penduduk, selain memastikan setiap isu masyarakat ditangani menerusi perbincangan serta penyelesaian praktikal. Premier Sarawak,

Jadi Premier perlu bijak cari dana – Abang Johari

MIRI: Keupayaan menjana dana bagi membiayai pembangunan negeri perlu menjadi antara kriteria penting bagi seseorang yang ingin menerajui Sarawak sebagai Premier. Premier Sarawak, Datuk Patinggi