ARTIKEL

Abang Johari berucap pada Majlis Perasmian Pusat Kebudayaan Orang Ulu di Miri, hari ini.

Jadi Premier perlu bijak cari dana – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Keupayaan menjana dana bagi membiayai pembangunan negeri perlu menjadi antara kriteria penting bagi seseorang yang ingin menerajui Sarawak sebagai Premier.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tanggungjawab utama seorang ketua kerajaan negeri adalah memastikan sumber kewangan mencukupi bagi melaksanakan pembangunan serta mengembalikan manfaatnya kepada rakyat.

“Siapa yang ingin menjadi Premier, mestilah seorang yang pandai mencari dana untuk Kerajaan Sarawak,” katanya.

Menurutnya, pembangunan tidak seharusnya dinilai berdasarkan pulangan pelaburan dalam tempoh singkat semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira manfaat jangka panjang kepada rakyat dan ekonomi negeri.

“Sebab itulah kita melabur sebanyak RM3.8 bilion untuk pembinaan jalan raya. Saya tidak melihat hanya kepada pulangan pelaburan, tetapi manfaat jangka panjang.

“Jumlah itu belum termasuk jalan pengantara dan bekas jalan balak. Maknanya, sekurang-kurangnya sekitar RM5 bilion.

“Itulah tanggungjawab saya bersama rakan dalam Kabinet, bagaimana hendak mencari dana, membangunkan negeri dan meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya pada Majlis Perasmian Pusat Kebudayaan Orang Ulu di Miri, hari ini.

Abang Johari berkata, sepanjang kira-kira sembilan tahun menerajui kerajaan negeri, hasil Sarawak berjaya ditingkatkan dengan ketara dan disalurkan semula untuk membiayai pembangunan serta program rakyat.

Kdudukan kewangan yang kukuh turut membolehkan kerajaan melaksanakan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES), yang menjadi pelaburan penting dalam pembangunan modal insan.

Beliau turut menegaskan bahawa kursus yang ditawarkan institusi pendidikan perlu mendapat pengiktirafan bagi memastikan graduan memperoleh kelayakan bernilai serta memenuhi keperluan tenaga kerja Sarawak.

Katanya, pembangunan modal insan semakin penting ketika ekonomi dunia berubah pesat susulan perkembangan kecerdasan buatan (AI), teknologi kuantum dan sistem digital.

Beliau berkata, pembangunan masa depan Sarawak turut bergantung pada kestabilan politik, keharmonian antara kaum dan sikap saling menghormati dalam kalangan masyarakat.

“Sarawak hanya boleh dijaga oleh orang Sarawak dan dasar kita adalah keterangkuman.

Apabila kita mempunyai kestabilan dan saling menghormati, kerajaan boleh memberi tumpuan kepada pembangunan untuk masa depan,” katanya.

BERITA LAIN

FORUM bermanfaat untuk pelbagai kaum

MIRI: Pusat Kebudayaan Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat Orang Ulu, malah turut dimanfaatkan pelbagai kaum dan agensi kerajaan menerusi

Mandat baharu penentu pelaksanaan projek Pan-Baram

MIRI: Cadangan pembinaan Jalan Pan-Baram berpotensi direalisasikan sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendapat semula mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13). Premier Sarawak,

BERITA TERBARU

FORUM bermanfaat untuk pelbagai kaum

MIRI: Pusat Kebudayaan Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat Orang Ulu, malah turut dimanfaatkan pelbagai kaum dan agensi kerajaan menerusi