ARTIKEL

FORUM bermanfaat untuk pelbagai kaum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Pusat Kebudayaan Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat Orang Ulu, malah turut dimanfaatkan pelbagai kaum dan agensi kerajaan menerusi penganjuran 267 program sejak mula beroperasi pada awal 2025.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, sebanyak 130 program dianjurkan sepanjang 2025, manakala 137 lagi berlangsung sehingga 30 Oktober tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Kebudayaan FORUM yang disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, semalam.

Gerawat yang juga Ketua Penasihat FORUM berkata, bangunan berkenaan turut menempatkan ibu pejabat dan pejabat kesemua 10 persatuan etnik Orang Ulu yang bernaung di bawah persekutuan itu.

Menurutnya, pusat berkenaan turut menjadi lokasi pilihan agensi kerajaan menganjurkan program rasmi, termasuk sesi taklimat persediaan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa dan Rabu lalu.

Mengulas pembangunannya, beliau berkata, pusat kebudayaan yang dibina di atas tanah seluas lima ekar itu direalisasikan menerusi geran RM37 juta yang diluluskan Kerajaan Sarawak.

“Tanpa bantuan dan sokongan Premier yang meluluskan tanah seluas lima ekar serta geran RM37 juta untuk membangunkan pusat kebudayaan ini, impian masyarakat Orang Ulu tidak mungkin tercapai,” katanya.

Beliau menegaskan, peranan FORUM bukan sekadar memelihara kebudayaan dan adat resam, malah turut merangkumi usaha memperkukuh perpaduan, melahirkan kepimpinan pelapis serta mengembangkan potensi generasi muda.

Katanya, FORUM akan terus menjadi penghubung antara masyarakat Orang Ulu dengan kerajaan serta komuniti lain, selain memastikan pusat kebudayaan itu kekal aktif dan memberi manfaat kepada masyarakat.

BERITA LAIN

Mandat baharu penentu pelaksanaan projek Pan-Baram

MIRI: Cadangan pembinaan Jalan Pan-Baram berpotensi direalisasikan sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendapat semula mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13). Premier Sarawak,

BERITA TERBARU

Mandat baharu penentu pelaksanaan projek Pan-Baram

MIRI: Cadangan pembinaan Jalan Pan-Baram berpotensi direalisasikan sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendapat semula mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13). Premier Sarawak,