ARTIKEL

Abdul Karim mewakili Abang Johari ketika berucap pada Forum Acara Perniagaan Sarawak 2025 di Hotel Sheraton.

Sarawak Destinasi Pertama Guna Pakai Deklarasi Legasi Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua kementerian akan menjalin kerjasama strategik dengan Business Events Sarawak (BESarawak) bagi memanfaatkan acara perniagaan sebagai medium penyampaian dasar, pembangunan sektor serta penciptaan legasi jangka panjang bermula 2026.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif ini selaras dengan pelancaran BESarawak Alliance (BESA), menandakan pencapaian awal pelaksanaan deklarasi tersebut.

“Menerusi BESA, setiap kementerian komited untuk memiliki dan menganjurkan sekurang-kurangnya dua acara perniagaan berteraskan Deklarasi Legasi Borneo, sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

“Acara ini akan diberi pertimbangan keutamaan di bawah Dana Acara Perniagaan Sarawak bagi memastikan setiap inisiatif menerima sokongan yang diperlukan untuk berkembang dan berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, pada Forum Acara Perniagaan Sarawak 2025 di Hotel Sheraton, di sini, hari ini.

Sementara, Sarawak berbangga menjadi destinasi pertama yang mengguna pakai Deklarasi Legasi Borneo — komitmen untuk membangunkan ekonomi yang inklusif, mampan dan bersedia menghadapi masa depan.

Mengulas lanjut, BESA juga akan membantu dari segi kelayakan, penilaian dan pemudahcaraan pembiayaan bagi acara yang disahkan dan disokong oleh setiap kementerian, tertakluk kepada pematuhan kriteria berteraskan legasi serta keperluan penilaian yang ditetapkan.

Selain itu, kementerian dan agensi akan dijemput untuk menyertai program latihan dan pendidikan yang disasarkan, serta menghadiri acara perniagaan terpilih di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui BESA.

“Langkah ini akan mengukuhkan keupayaan penganjuran acara, meningkatkan pemindahan pengetahuan serta membina kepakaran dalam mengukur impak legasi.

“Justeru, kolaborasi ini memperkasakan kementerian bukan sekadar sebagai peserta, tetapi sebagai pemilik impak,” katanya.

Menurutnya, acara perniagaan kini bukan lagi aktiviti pilihan, sebaliknya merupakan instrumen strategik nasional yang menghubungkan dasar dengan rakyat, visi dengan tindakan serta aspirasi dengan legasi yang boleh diukur.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU