ARTIKEL

Abang Johari ketika ditemui pemberita selepas mengadakan Lawatan Turun Padang Program Penyaluran Peringkat Kedua SKAS di H&L, Eastern Mall. FOTO: GHAZALI BUJANG

Sarawak dicadang dahulukan projek strategik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan mempertimbangkan mekanisme bagi mendahulukan pelaksanaan, pembiayaan projek strategik yang telah diluluskan Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan kelewatan pelaksanaan yang menjejaskan rakyat.

ADUN Pujut, Adam Yii Siew Sang berkata, antara rungutan utama rakyat ketika ini ialah kelewatan panjang antara pengumuman kelulusan projek dan pelaksanaan sebenar di lapangan seperti projek menaik taraf bulatan di hadapan GK Supermarket di Pujut 3, Miri yang melibatkan pembinaan persimpangan lampu isyarat enam lorong.

“Projek ini telah diluluskan beberapa tahun lalu susulan kesesakan trafik yang serius di kawasan tersebut, namun pelaksanaannya masih belum dimulakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, semalam.

Beliau mencadangkan agar Kerajaan Sarawak meneliti pendekatan mendahulukan pembiayaan projek strategik yang telah diluluskan Kerajaan Persekutuan sebelum tuntutan bayaran dibuat kemudian.

Abang Johari (tengah) bersama-sama barisan tetamu kehormat yang lain ketika mengadakan Lawatan Turun Padang Program Penyaluran Peringkat Kedua SKAS di H&L, Eastern Mall. FOTO: GHAZALI BUJANG

“Pendekatan sedemikian pernah dilaksanakan Sarawak dalam projek pembaikan dan naik taraf sekolah serta klinik di negeri ini dan diyakini mampu meningkatkan kecekapan penyampaian projek, mempercepat tempoh pelaksanaan serta memastikan pembangunan yang dijanjikan benar-benar dapat dinikmati rakyat,” katanya.

Adam juga memaklumkan seramai 231 keluarga yang terlibat dalam skim penempatan semula Kampung Pujut Corner di sini dilaporkan masih berdepan pelbagai masalah serta ketidakpastian walaupun surat kelulusan lot kediaman telah dikeluarkan sejak tahun lalu.

“Kebanyakan penduduk yang terlibat masih menunggu proses pengesahan tapak dan sempadan lot oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

“Ada juga penerima yang masih tidak mengetahui lokasi sebenar lot yang diperuntukkan kepada mereka meskipun surat kelulusan telah diberikan sejak Ogos 2025,” katanya.

Majoriti keluarga terlibat terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan tidak mempunyai kemampuan kewangan membina rumah baharu dalam tempoh segera walaupun telah menerima lot tanah.

“Saya berharap JTS dapat memberi perhatian serius terhadap isu berkenaan dan memperkukuh pelaksanaan skim penempatan semula tersebut.

“Antara cadangan termasuk mempercepat pengesahan tapak dan lot, menyelesaikan isu pencerobohan, menambah baik kemudahan asas serta mempertimbang bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah membina rumah,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU