ARTIKEL

Sarawak Energy laksana penutupan berjadual Talian Bunut-Lawas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Sarawak Energy akan melaksanakan penutupan berjadual Talian Penghantaran Bunut-Lawas 275kV (Talian 1) dari 9 hingga 20 September ini bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan Talian Penghantaran Medamit-Lawas 275kV.

Menurut Sarawak Energy, penutupan berjadual itu tidak akan menjejaskan bekalan elektrik ke Limbang dan Lawas kerana bekalan akan disalurkan melalui Talian Penghantaran Bunut-Limbang dan Limbang-Lawas 275kV (Talian 2).

“Kerja-kerja berjadual ini diperlukan bagi memastikan kerja pembaikan dapat dilaksanakan dengan selamat, selain menyokong kelancaran operasi infrastruktur penghantaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarawak Energy menerusi kenyataan sama menambah, pihaknya akan memantau rangkaian secara rapi sepanjang tempoh penutupan dan memastikan langkah-langkah tindak balas yang diperlukan tersedia.

“Bagaimanapun, sebarang gangguan tidak dirancang yang menjejaskan Talian 2 sepanjang tempoh berkenaan berpotensi menyebabkan gangguan sementara terhadap bekalan elektrik di Limbang dan Lawas.

“Sarawak Energy akan mengambil segala langkah yang diperlukan bagi meminimumkan sebarang kemungkinan gangguan,” ujarnya.

Kerja-kerja berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh kebolehpercayaan dan daya tahan rangkaian bekalan elektrik di utara Sarawak.

Sarawak Energy turut menghargai pemahaman orang ramai sepanjang kerja-kerja tersebut dilaksanakan.

Pelanggan yang mempunyai pertanyaan atau memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy di talian 1300-88-3111, e-mel customercare@sarawakenergy.com, menggunakan aplikasi mudah alih atau portal web SEB Cares, atau berinteraksi dengan ejen maya CARINA.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU