ARTIKEL

Sarawak Energy umum perubahan kepimpinan eksekutif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Energy Berhad hari ini mengumumkan perubahan kepimpinan eksekutif dalam kumpulan syarikat itu sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh struktur organisasi serta menyokong pertumbuhan jangka panjang.

Dalam pengumuman tersebut, Yusri Safri dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi anak syarikat runcit dan operasi tenaga, Syarikat SESCO Berhad (SESCO), berkuat kuasa 1 April 2026 dan akan melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sharbini Suhaili.

Menurut Sharbini, pelantikan tersebut mencerminkan komitmen syarikat dalam membangunkan barisan kepimpinan yang mempunyai pengalaman operasi kukuh serta perspektif strategik bagi menyokong keutamaan pertumbuhan syarikat.

Yusuf Safri

“Sepanjang berkhidmat dalam bahagian Kontrak dan Perolehan, Yusri banyak memacu inisiatif penting termasuk pengurusan kategori, kecekapan perolehan, pembangunan vendor serta perancangan operasi berpusat.

“Usaha itu turut menyumbang kepada pengiktirafan Sarawak Energy oleh Institut Perolehan dan Bekalan Bertauliah (CIPS) sebagai organisasi perolehan yang cemerlang.”

Menurut kenyataan, Yusri mengambil alih jawatan tersebut daripada Lau Kim Swee, yang kini dilantik sebagai Naib Presiden Eksekutif (EVP) Penyampaian Projek bagi Sarawak Energy dan anak syarikatnya berkuat kuasa 1 April 2026, serta kekal sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan yang melapor kepada Sharbini.

Lau Kim Swee

Dalam peranan baharu itu, beliau akan menyelia pelaksanaan keseluruhan projek infrastruktur tenaga utama Sarawak, termasuk projek yang menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi negeri, ketahanan grid serta aspirasi kerajaan untuk mencapai kapasiti 10 gigawatt (GW) menjelang 2030.

Sharbini berkata profesionalisme, komitmen terhadap kecemerlangan serta kepimpinan transformasi yang ditunjukkan Kim Swee ketika menerajui SESCO menjadikan beliau calon yang sesuai untuk portfolio strategik tersebut.

“Sejak dilantik sebagai CEO SESCO pada 2016, Kim Swee telah menerajui transformasi utiliti itu dengan menekankan kecemerlangan operasi, pendigitalan serta perkhidmatan berfokuskan pelanggan.

“Di bawah kepimpinannya, kerugian akibat kecurian elektrik berjaya dikurangkan dengan ketara, manakala kebolehpercayaan bekalan elektrik turut meningkat selain memacu pelaksanaan automasi, pendigitalan serta sistem Smart Grid, sekali gus mempercepatkan usaha SESCO ke arah menjadi utiliti digital,” ujarnya.

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang