ARTIKEL

Rakam Kenangan... Fatimah (empat dari kanan) merakam kenangan bersama yang lain semasa lawatan tersebut. | (FOTO: UKAS)

Sarawak fokus kesihatan reproduktif dan gender

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sarawak akan menjalin kerjasama strategik dengan Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) bagi memperkukuh dasar dan program berkaitan kesamarataan gender di negeri itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, menyuarakan hasrat tersebut semasa lawatan delegasi ke pejabat UNFPA Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, kerjasama itu selaras dengan penubuhan Unit Kesamarataan Gender yang baru ditubuhkan di Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak.

“Kita melihat potensi besar untuk bekerjasama dengan UNFPA, khususnya dalam isu kesihatan reproduktif, pencegahan keganasan berasaskan gender serta penghapusan amalan berbahaya seperti perkahwinan kanak-kanak,” katanya.

Penerangan Program UNFPA Delegasi Sarawak turut diberikan taklimat oleh Wakil Negara UNFPA Malaysia, Dr. Julitta Onabanjo, dan Penolong Wakil UNFPA, Tengku Aira Tengku Razif, mengenai program-program yang dilaksanakan UNFPA di lebih 150 negara.

Sebelum itu, Fatimah menghadiri Sambutan Ulang Tahun ke-10 30% Club Malaysia di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Malaysia kini mencatatkan 33 peratus perwakilan wanita dalam lembaga pengarah 100 syarikat tersenarai awam utama, satu pencapaian yang diiktiraf sebagai penanda aras global.

Fatimah menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti bahawa komitmen berterusan dan kerjasama pelbagai pihak mampu meningkatkan penyertaan wanita ke tahap lebih tinggi.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil