ARTIKEL

Johnny Pang menyampaikan cek bantuan UNIFOR kepada wakil Sarawak Full Gospel Church Cawangan Bintulu.

Sarawak Full Gospel Church terima geran RM100,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sarawak Full Gospel Church Cawangan Bintulu menerima geran RM100,000 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bagi melengkapkan dan menaik taraf kemudahan gereja berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, geran itu merupakan sebahagian daripada sokongan berterusan Kerajaan Sarawak terhadap pembangunan rumah ibadat pelbagai agama di negeri ini.

Menurutnya, gereja berkenaan telah menerima lima kali bantuan menerusi UNIFOR, berjumlah keseluruhan RM1.45 juta.

Beliau berkata, bantuan itu membolehkan komuniti agama menyediakan kemudahan rumah ibadat yang lebih selesa dan sesuai untuk kegunaan jemaah.

Pang berkata, pembangunan gereja itu turut didorong komitmen ahli gereja dan sumbangan orang ramai, selain sokongan kerajaan negeri.

Beliau berharap geran terbaharu itu dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi melengkapkan kemudahan gereja serta memenuhi keperluan jemaah.

Katanya, kerjasama antara kerajaan, pihak gereja dan masyarakat penting bagi memenuhi keperluan komuniti agama serta memelihara keharmonian masyarakat berbilang agama di Sarawak.

BERITA LAIN

Pembangunan perlu berteraskan iman – Mohamad Duri

SARATOK: Nilai-nilai murni terkandung dalam al-Quran mampu menjadi panduan moral merealisasikan aspirasi pembangunan Sarawak menerusi Pelan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli Dewan Undangan Negeri

BERITA TERBARU

Pembangunan perlu berteraskan iman – Mohamad Duri

SARATOK: Nilai-nilai murni terkandung dalam al-Quran mampu menjadi panduan moral merealisasikan aspirasi pembangunan Sarawak menerusi Pelan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli Dewan Undangan Negeri