ARTIKEL

Jangan tunggu gejala serius untuk saring kanser payudara – Fatimah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 476 kes kanser payudara direkodkan di Sarawak pada 2025, sekali gus menekankan kepentingan pengesanan awal bagi mengelakkan penyakit itu hanya dikenal pasti apabila memasuki peringkat lanjut.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, angka itu berdasarkan data yang dikongsikan semasa Pink Blue Walk 2026.

Beliau menggesa wanita supaya mengenali keadaan normal payudara masing-masing dan peka terhadap sebarang perubahan, termasuk ketulan, perubahan bentuk atau saiz, perubahan kulit atau puting serta lelehan luar biasa daripada puting.

“Saringan seperti pemeriksaan klinikal dan mamogram hendaklah dilakukan mengikut umur, tahap risiko dan nasihat petugas kesihatan,” katanya ketika menyempurnakan Kempen Kesedaran Kanser Payudara ‘Pink October’ di Emart Tabuan Jaya, di sini, hari ini.

Fatimah berkata, faktor seperti jarak perjalanan, kos, tanggungjawab keluarga dan rasa takut tidak seharusnya menghalang wanita daripada mendapatkan pemeriksaan serta rawatan.

Katanya, Kerajaan Sarawak komited memperkukuh kemudahan rawatan kanser, termasuk melalui pembangunan Pusat Kanser Sarawak di Kuching.

Belanjawan Sarawak 2027 memperuntukkan RM20 juta bagi pelaksanaan projek itu pada 2027, dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM1.5 bilion.

“Ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh kemudahan rawatan kanser di Sarawak, khususnya bagi pesakit yang memerlukan rawatan berterusan serta mereka yang datang dari kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pembangunan kemudahan rawatan perlu disokong oleh pendidikan kesihatan, pengesanan awal dan sokongan kepada pesakit.

Menurutnya, kerjasama kerajaan, sektor korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti penting bagi memastikan usaha menangani kanser memberi manfaat lebih menyeluruh kepada rakyat.

Beliau turut menghargai inisiatif Emart Tabuan Jaya yang memanfaatkan platform perniagaan untuk menyampaikan mesej kesihatan secara langsung kepada masyarakat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Todak Berjaya rangkul dua gelaran Raja Sungai

PUSA: Pasukan Todak Berjaya mengukuhkan reputasinya dalam arena regata Sarawak apabila muncul Raja Sungai Regata Tandang Sari (RTS) 2026 di Sungai Rimbas, di sini, hari